Razer tampil dengan perkakasan game mampu milik apabila menghasilkan tetikus Abyssus V2 yang mempunyai reka bentuk sesuai kepada pemain beraksi untuk apa jua permainan.

Rekaan tepi pula membolehkan cengkaman lebih kemas manakala bagi kuasa pula ia, mempunyai pengesan optikal 5,000 DPI yang baru.

Lampu LED pula disediakan dengan tiga warna iaitu hijau, biru muda dan biru manakala kepekaan tetikus dibahagikan kepada lima tahap.

SPESIFIKASI:

RAZER ABYSSUS V2

Harga: RM239

Dimensi: 117 x 64 x 38mm

Berat: 80g

Sensor optikal: 5,000DPI

Sambungan: USB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 12:25 PM