HM Digital

Razer yang terkenal dengan produk game kali ini datang dengan fon untuk kaki game dilengkapi RAM sehingga 8GB.

Dianggarkan dijual pada harga RM3,499, ia mempunyai keupayaan teknologi UltraMotion yang mempunyai kadar paparan 120Hz bermakna anda boleh bermain tanpa tersekat pada skrin Quad HD.

Audio pula beroperasi pada Dolby ATMOS yang turut menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835.

SPESIFIKASI:

RAZER PHONE

Harga: Anggaran RM3,499

Ciri: Skrin 120Hz UltraMotion

Paparan: 5.7 inci IGZO LCD 1440 x 2560 120Hz, Wide Color Gamut (WCG) Corning Gorilla Glass 3

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835

RAM: 8GB

Storan: 64GB UFS

Kamera: Dwikamera 12MP

Kamera depan: 8MP FF f2.0

Bateri: 4000mAh

Kenipisan: 8mm

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 1:07 PM