ANTARA individu yang mengaku salah menggunakan lorong kecemasan. FOTO Rasul Azli Samad

Mohd Hilmie Hussin

Alor Gajah: Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, memerintahkan 20 individu termasuk empat wanita, membayar denda keseluruhan RM28,000 selepas mereka mengaku salah atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan, pada Mei lalu.

Pengakuan bersalah itu dirakam di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan berasingan, 16 lelaki dan empat wanita berusia 23 hingga 65 tahun itu didakwa memandu kenderaan di lorong kecemasan di KM222 Lebuhraya Utara Selatan PLUS arah utara pada jam 5 petang, 22 Mei lalu.

Justeru, mereka didakwa di bawah Kaedah 53(1) Kaedah Lalulintas Jalan Raya 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2)Akta Pengangkutan Jalan 1959 yang memperuntukkan denda hingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-dua sekali.

Pegawai Pendakwa JPJ Nur Azlina Jacqueline Abdullah memohon semua pesalah dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.

Selepas mendengar rayuan, Nor Azizah memerintahkan setiap pesalah membayar denda RM1,000 hingga RM2,000 dengan hukuman penjara sebulan hingga dua bulan jika mereka gagal membayar denda dan semua pesalah membayar denda itu.

Untuk rekod, ini adalah pertuduhan dan hukuman pertama ke atas pesalah trafik yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan di negara ini.

Pada 22 Mei lalu, dipercayai tindakan pengguna lebuhraya terbabit yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan bantuan kecemasan membabitkan kemalangan di KM228 Lebuhraya Utara Selatan PLUS berhampiran Hentian Sebelah Pedas Linggi, tidak dapat tiba secepat mungkin hingga dua beradik penunggang dan pembonceng motosikal maut, masing-masing di tempat kejadian dan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Berita berkaitan:

Bikin panas [METRO TV]

22 pemandu ke mahkamah bulan depan

Tujuh dah cam

Ambik kau, guna lagi lorong kecemasan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 2:57 PM