Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Skuad berpasukan campuran negara mengesahkan tempat ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan C Kejohanan Badminton Remaja Asia di Bangkok, semalam.

Namun Malaysia akan berdepan ujian getir apabila bertemu China pada suku akhir, hari ini.

Selepas menang 4-1 ke atas Taiwan kelmarin, skuad negara tidak berdepan masalah menewaskan Mongolia 5-0 sebelum tewas 1-4 kepada Indonesia, semalam.

Pada perlawanan kedua bertemu Indonesia, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Eei Wei tewas 20-22, 13-21 kepada Apriani Rahayu-Rinov Rivaly sebelum Lee Zii Jia (gambar) menyamakan kedudukan selepas menewaskan Chico Aura Dwi Wardoyo 21-10, 21-19.

Perseorangan wanita negara Goh Jin Wei gagal meraih mata yang diharapkan apabila tewas 21-18, 24-26, 15-21 kepada Gregoria Mariska.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 8:59 AM