AARON-WOOI YIK akan berdepan beregu ketiga dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di suku akhir. -FOT Aswadi Alias
AARON-WOOI YIK akan berdepan beregu ketiga dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di suku akhir. -FOT Aswadi Alias
Yew Sin-Ee Yi mara ke suku akhir Terbuka Malaysia. -FOTO Aswadi Alias
Yew Sin-Ee Yi mara ke suku akhir Terbuka Malaysia. -FOTO Aswadi Alias
Ferzalfie Fauzi dan Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Dari tujuh wakil yang berjuang, kini hanya tinggal dua beregu lelaki sahaja menjadi wakil negara untuk meneruskan perjuangan di suku akhir Terbuka Malaysia yang berlangsung esok di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi wakil pertama negara menempah slot ke pusingan seterusnya diikuti Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Menunggu Yew Sin-Ee Yi di suku akhir nanti adalah pemain ranking ketujuh dunia yang juga pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Manakala Aaron-Wooi Yik yang menewaskan rakan senegara Goh Sze Fei- Nur Izzuddin dengan kemenangan straight set 21-15, 21-16 akan berdepan beregu ketiga dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional wanita, Goh Jin Wei terpaksa akur tewas kepada pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung 15-21, 22-24.

Dalam aksi beregu campuran, ketiga-ketiga wakil Malaysia gagal meneruskan perjuangan apabila perjalanan mereka terhenti di pusingan kedua.

Chan Peng Soon- Cheah Yee See tewas kepada beregu China, Jiang Zhen Bang- Wei Ya Xin 14-21, 14-21, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat- Shevon Lai Jemie turut kecundang ke atas lawan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 8:44 PM