Silverstone, England: Lewis Hamilton (gambar) menyambar petak pertama mengatasi rakan sepasukan dari Mercedes Nico Rosberg untuk perlumbaan Grand Prix British hari ini selepas mencatat masa terpantas di pusingan terakhir pada sesi kelayakan semalam.

Juara dunia tiga kali itu mengatasi Rosberg yang juga pendahulu kejuaraan pemandu apabila mencatat masa terpantas 1 minit 29.287 saat.

Kedua-dua pemandu itu akan bermula di barisan depan sekali lagi selepas terbabit dengan insiden kemalangan di Austria yang menyaksikan Hamilton muncul juara.

“Saya berdepan tekanan yang tinggi pada pusingan terakhir dan saya sedar tidak boleh menghampakan peminat,” kata Hamilton.

Bintang Belanda Max Verstappen meraih petak ketiga di depan rakan sepasukan dari Red Bull Daniel Ricciardo dari Australia.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 5:10 AM