FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Bekalan daging lembu di Mersing, Johor tidak terjejas walaupun berlaku penularan penyakit kuku dan mulut (FMD) kerana ia hanya membabitkan pengusaha atau penternak lembu bebas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, sehingga kini, bekalan daging ternakan itu masih dapat memenuhi keperluan memandangkan kes FMD yang dilaporkan di Mersing hanya membabitkan lembu bebas.

"Setakat ini, apabila berlaku penyakit FMD di Mersing, kita lihat bekalan tidak terjejas, kerana ia hanya membabitkan pengusaha atau penternak lembu bebas.

"Kita ada banyak lagi penternak lain dan setakat hari ini, kita memang dapat memenuhi keperluan," katanya ketika sidang media pada Program Pasar Tani Khas Menjelang Aidilfitri 2016 di Pasar Tani Larkin Datin Halimah di sini, hari ini.

Ismail berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri juga sentiasa memantau penularan penyakit itu menerusi pasukan khas yang ditubuhkan di setiap daerah dalam usaha pencegahan penularan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 1:09 PM