MANGSA yang terperangkap. FOTO ihsan bomba
MANGSA yang terperangkap. FOTO ihsan bomba
Muhamad Izzat Nasuruden


Sungai Siput: Kanak-kanak lelaki mengalami detik cemas apabila terperangkap di dalam kereta di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6.38 petang itu, mangsa berusia tujuh tahun difahamkan keluar bersama datuknya untuk mengeluarkan duit di bank di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sungai Siput, Saiful Rizal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lalu bergegas ke lokasi kejadian dengan lapan orang anggota bomba.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati mangsa sedang tertidur di dalam kereta yang terkunci dari dalam dan cubaan untuk mengejutkannya gagal.

"Kemudian selepas 15 minit anggota bertugas mengambil keputusan untuk memecahkan cermin kecil di bahagian atas kenderaan bagi mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 6.49 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 10:50 PM