LIM Guan Eng (tengah) ditahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawanya ke pejabat SPRM. FOTO Mikail Ong
LIM Guan Eng (tengah) ditahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawanya ke pejabat SPRM. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Guan Eng ditahan kira-kira 5 petang selepas beberapa pegawai SPRM dilihat memasuki pejabatnya dan menyerahkan waran tangkap.

Beliau dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen esok dan bakal berhadapan dengan dua tuduhan.

Perkara itu disahkan EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, sebentar tadi.

Menurut Kon Yeow, Guan Eng akan dituduh mengikut Seksyen 23 dan 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 7:14 PM