MARIGOLD

SEMPENA Ramadan ini, SUSU SEJAT MARIGOLD memperkenalkan koleksi resipi baru untuk dihidangkan ketika berbuka puasa termasuk resipi pais ikan tempoyak ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Masa menunggu: 12 jam

Masa memasak: 20 minit

Hidangan: 2

Bahan-bahan perapan:

• 1 sm kunyit

• 1 sm lengkuas

• 5 biji cili padi

• 2 batang serai

• 2 helai daun kesum

• 1 biji bawang merah, dipotong dadu

• 1 sudu teh biji lada sulah

• 1 sudu teh garam

• 1 sudu teh gula

• 4 sudu besar tempoyak

• 1 sudu besar minyak sapi

• 4 sudu besar Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

(dikisar)

Rangkaian SUSU SEJAT MARIGOLD terdiri daripada SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD, KRIMER SEJAT MARIGOLD dan SUSU SEJAT PENUH KRIM MARIGOLD. Diperkaya dengan Vitamin A & D, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk menambah nikmat yang berkrim untuk makanan dan minuman kegemaran anda.

Bahan-bahan:

• 1 ekor ikan

• 4 helai daun pisang

• 2 helai daun kunyit

Cara penyediaan:

1. Perap ikan dengan bahan kisar. Balut ikan dengan daun kunyit dan daun pisang. Perap sekurang-kurangnya 12 jam dalam peti sejuk.

2. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 20 minit atau sehingga ikan masak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 7:45 AM