KAKI kanan mangsa tersepit. FOTO ihsan Bomba
KAKI kanan mangsa tersepit. FOTO ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Remaja lelaki cedera kaki kanan selepas dihimpit forklift di kedai papan Jalan Gunung Keriang, Kampung Sungai Baru, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.15 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang sedang bekerja dihimpit forklift yang tiba-tiba bergerak sendiri menyebabkan kaki kanannya tersepit.

Difahamkan pekerja cuba mengalihkannya namun gagal sebelum menghubungi pihak bomba.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.35 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Menurutnya, seorang pegawai dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar terbabit dalam kerja menyelamatkan mangsa.

“Mangsa diselamatkan pada 3 petang sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 5:23 PM