Beras bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori terbalik di  Jalan Gunung Keriang, Alor Setar petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
Beras bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori terbalik di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkifli


Alor Setar: Seorang pemandu lori berusia 68 tahun cedera ringan selepas lori membawa muatan beras dipandunya terbabas di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, kenderaan dipandu mangsa yang dalam perjalanan menghala Sungai Korok, Jitra, hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan beras bertaburan di atas jalan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.37 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba jam 3.50 petang.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan dia mengalami kecederaan ringan di kepala sebelum dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2015 @ 6:16 PM