ABANG Ahmad (kanan) menunjukkan ganja mampat yang dirampas. FOTO Ekhwan Haque
ABANG Ahmad (kanan) menunjukkan ganja mampat yang dirampas. FOTO Ekhwan Haque
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuching: Polis rampas 686 gram ganja mampat bernilai RM13,720 dan tahan tiga lelaki termasuk penuntut Universiti Swasta di Jalan Poh Kwong, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, serbuan dijalankan pada 12.05 tengah malam hasil risikan dan maklumat awam.

Beliau berkata, suspek berusia 24 hingga 29 tahun ditahan bersama peralatan membungkus dadah.

"Polis percaya sindiket ini akan mengedar dadah kepada penagih sekitar daerah ini.

"Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di IPD Kuching, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 4:01 PM