MOHD Iskandar Mohd Syukri dilaporkan kritikal akibat terkena patukan ular. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
MOHD Iskandar Mohd Syukri dilaporkan kritikal akibat terkena patukan ular. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Zul Ikhwan Muhammad


Mersing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan kritikal dipatuk ular di rumahnya di Kampung Wak Salam di sini, jam 9 malam tadi.

Ketika kejadian, Mohd Iskandar Mohd Syukuri sedang leka bermain di dalam rumah bersama ibunya, Nur Jannah Abdullah, 18, manakala bapanya, Mohd Syukri Abdullah, 20, ke luar ke bandar bersama sepupunya untuk membeli barang.

Mangsa dikatakan menjerit kesakitan sambil berlari ke arah ibunya dan apabila diperiksa wanita itu melihat ada kesan gigitan di kaki kaki.

Difahamkan, dalam masa sama ibu mangsa melihat seekor ular tedung senduk menjalar keluar dari celah tikar di dalam rumah sekaligus menyebabkan keluarga bergegas membawa kanak-kanak itu ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan lanjut dan difahamkan masih dalam keadaan kritikal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 1:11 PM