PUTRI Mia maut dipatuk ular senduk di kaki.
PUTRI Mia maut dipatuk ular senduk di kaki.
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: “Saya terjaga apabila mendengar anak perempuan saya menjerit ada ular senduk di dalam biliknya. Dalam keadaan kelam-kabut, saya lihat cucu tidak sedarkan diri,” kata Rokiah Gemok, 54, nenek kepada kanak-kanak setahun tiga bulan, Putri Mia Nazila Ramis yang maut dipatuk ular senduk di Kampung Orang Asli Paya Badak, Temerloh dekat sini, kelmarin.

Menceritakan kembali kejadian jam 11 malam itu, Rokiah berkata, anaknya, Nor Fazillah Najim bersama suaminya, Ramis Maniam tidur bersama-sama Putri Mia Nazila dan seorang lagi anak mereka.

Manakala, dia tidur di bilik kedua rumah berkenaan.

Katanya, mereka sekeluarga sudah tidur dan tidak menyedari ular berkenaan memasuki rumah mereka.

“Selepas anak saya, Nor Fazillah Najim menjerit. Ular berwarna hitam sepanjang satu meter (m) itu sembunyi di bawah permaidani sebelum memasuki bilik kedua dalam rumah kami,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 8:46 AM