Syanty Octavia Amry


Status ibu tunggal tidak menghalang pelakon jelita Fasha Sandha, 32, mengecapi bahagia. Meskipun tanpa insan bergelar suami di sisi, dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang ini.

Punya kerjaya yang baik dan anak yang memahami, ia bukan alasan untuk Fasha terus bersedih dan merintih sejak menyandang gelaran itu awal tahun ini.

Bersyukur dikurniakan keluarga yang sentiasa menyokong dan membantunya dalam menguruskan anak, Fasha akui kehidupannya kini semakin sibuk.

“Alhamdulillah rutin saya padat dengan penggambaran. Malah sepanjang Ramadan ini saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Lara Aishah yang bakal bersiaran di Astro Prima tidak lama lagi.

“Syukur, rezeki saya murah. Selain berlakon saya juga duta produk tudung, minyak wangi, Tourism Johor Bahru dan Syukur Selalu TV3.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 8:06 AM