PREMIS perniagaan yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan bomba
PREMIS perniagaan yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Limbang: Lapan belas premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Medamit di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, 15 keluarga membabitkan 102 penghuni menetap di premis berkenaaan, bagaimanapun tidak cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Kurong Beki berkata, kawasan berkenaan pada asalnya adalah premis perniagaan, bagaimanapun, dijadikan tempat tinggal oleh penduduk setempat.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.04 pagi oleh orang awam berhubung kejadian itu.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan berjaya mengawal kebakaran pada 2.45 pagi," katanya.

Katanya, setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 2:55 PM