LENGKAP pilihan koleksi dan bag khusus buat lelaki.
LENGKAP pilihan koleksi dan bag khusus buat lelaki.
Nurul Husna Mahmud


Melihat kehalusan serta perincian setiap sepatu Hush Puppies Koleksi Musim Panas dan Bunga 2016 memperlihatkan keterujaan jenama itu meraikan pemakainya.

Musim ini saja, enam koleksi dilancarkan memberi maksud versatiliti serta kemeriahan dalam kehidupan seharian menerusi kepelbagaian genre mahupun potongan sepatu.

Dikenali dengan kualiti pembuatan penuh inovatif bagi menggandakan keselesaan tatkala mengenakannya, rekaan ditampilkan tidak alah apabila kekal dalam trend popular.

Semua pakej ada dalam koleksi musim ini menerusi pilihan warna terang, material metalik, cetakan menonjol serta tona pastel penuh kelembutan.

Menurut Pengarah Pemasaran Antarabangsa Hush Puppies, George Bicas, selaku jenama yang mempunyai pengalaman lebih separa abad dalam pembuatan sepatu tentu saja arif dengan keperluan pemakainya.

“Istimewa dalam enam seleksi terbabit selain mengekalkan koleksi popular, Body Shoes dikenali dengan pemakaian sepatu sangat ringan. Kami turut menawarkan rekaan terbaru menerusi koleksi Brasil untuk wanita bertenaga serta ceria. Sementara keseronokan seperti ‘dilantun’ menerusi teknologi terkini dalam koleksi kasut lelaki.

“Bagi koleksi Brasil yang disuntik elemen kemeriahan seperti berpesta sesuai dengan kempen jenama kami kali ini, ‘Life Is’.

“Ia bermaksud menikmati kehidupan menerusi produk berwarna-warni, kualiti mahupun rekaan cukup menonjol diinspirasikan daripada gaya kehidupan santai dari Brazil.

“Ada tiga rekaan berbeza dalam koleksi itu iaitu Amalie, Frisante serta Riad & Dalila, semuanya dihasilkan menerusi kulit lembu berkualiti premium.

“Tidak ketinggalan koleksi sepatu lelaki Louie Alix dan Sidon Alix menampilkan ‘Bounce Technology’ memberi pengalaman setiap langkah diatur cukup menyeronokkan.

“Menerusi teknologi kali ini setiap kali menapak terasa ringan apabila sepatu ini ‘memegang lembut’ hentakan kuat dari bahagian tumit lalu diseimbangkan tenaga itu untuk menyokong kekuatan bahagian depan kaki.

“Rahsianya ialah gabus khas berlilin di atas lapik kaki kulit dipadan dengan material berkulit mempunyai liang halus lembut menyerap tekanan tertinggi pada bahagian belakang kaki untuk diagihkan ke seluruh bahagian tapak kaki agar setiap pijakan memberi perasaan selesa,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan koleksi terbaru ini boleh melayari laman Facebook HushPuppies-Malaysia atau www. hushpuppies.sg/Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi berkenaan mahupun lokasi kedai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 5:01 AM