GAYA eksotik pada beg Kiki Boston dan Olea.
GAYA eksotik pada beg Kiki Boston dan Olea.
Oleh Nurul Husna Mahmud


Kempen Musim Bunga Panas 2016 Hush Puppies berbunyi ‘meraikan kehidupan’ membayangkan koleksi aksesori pembukaan 2016 cukup menyeronokkan bagi peminat setia jenama berkenaan.

Kemuncak koleksi ini mengandaikan pemakai bakal ‘bertemasya’ dengan kemeriahan palet warna unik seiring ‘kehangatan’ musim ini menerusi seleksi aksesori ditampilkan lebih ceria bersama garapan warna terang, material ‘metallic’ dan cetakan menonjol selain suntikan kelembutan elemen pastel.

Pengarah Pelesenan Aksesori dan Pakaian Hush Puppies Global berpusat di Amerika Syarikat Irene Lau, berkata kriteria dinilai dalam setiap rekaan baru ialah aksesori itu memenuhi keinginan pelanggan selain relevan digayakan sepanjang zaman.

“Koleksi terhangat sering mendapat permintaan tinggi kalangan pengguna wanita ialah beg silang. Mereka juga mahu sesuatu yang berguna untuk mengisi gajet, ruang poket banyak serta fleksibel dikenakan sebarang masa.

“Justeru kumpulan pereka kami tampilkan beberapa rekaan mampu memenuhi segi fungsinya dan gaya penuh sophisikated. Antara seleksi bakal mendapat sambutan musim ini, ‘Ginger Sling’ mempunyai ciri klasik elegan boleh digayakan untuk kasual mahupun ke malis formal.

“Gabungan palet warna ‘rare’ serta perincian tepi menggunakan warna kontras dengan warna dasar memberi ketrampilan berani mahupun menonjol personaliti pemakainya. Bentuknya empat segi sama bersama cetakan timbul seolah-olah seperti kulit pada material Poliuterina (PU) premium, memberi pesona eksklusif.

“Manakala bagi mereka yang sukakan gaya tribal atau bercirikan Asia, Kiki Boston serta Olea kami tampilkan menerusi teknologi terbaru apabila memberi reka bentuk seperti dijalin atau dianyam sekurang-kurangnya menggunakan dua ton warna berlainan.

“Tidak kurang hebat pilihan rekaan lebih minimal atau ‘plain’ hanya dihiasi perincian jahitan pada koleksi Inca pada bentuk klasik mempunyai tali panjang bersilang antara rekaan mendapat sambutan terutama kalangan pemakai belia,” katanya.

Tambah Irene, istimewa musim ini, perekanya bukan sekadar fokus terhadap permintaan pemakai kalangan wanita, malah aksesori lelaki turut mendapat perhatian.

“Kami tidak mahu wanita saja ‘menang’ dalam pilihan aksesori. Justeru kami turut mengeluarkan rekaan beg, dompet serta tali pinggang khusus buat lelaki. Masih mengekalkan penggunaan warna gelap sesuai dengan kecenderungan minat mereka, kami cuba naik taraf produk dalam aspek perincian.

“Contohnya beg eksekutif digunakan pejabat, Wallace Bag boleh didapati dalam gaya klasik untuk pemakai konservatif atau mereka lebih berani mengenakan sesuatu berbeza, rekaan beg dokumen mempunyai perincian cetakan timbul tampak lebih moden,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan koleksi terbaru ini boleh melayari laman Facebook HushPuppiesMalaysia atau www. hush­puppies.sg/Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi berkenaan mahupun lokasi kedai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:00 AM