Rakaman CCTV menunjukkan keadaan sebelum serangan dan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri. Gambar bawah menunjukkan dua penyerang berhenti mengisi peluru.
Rakaman CCTV menunjukkan keadaan sebelum serangan dan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri. Gambar bawah menunjukkan dua penyerang berhenti mengisi peluru.
Lelaki dipercaya penyerang ditahan polis Israel.
Lelaki dipercaya penyerang ditahan polis Israel.
AFP

Tel Aviv: Israel melaksanakan sekatan perjalanan terhadap penduduk Palestin selepas kejadian dua lelaki melepaskan tembakan di kawasan tumpuan Pasar Sarona di sini, membunuh empat orang serta lima lagi cedera.

Berikutan serangan itu, Israel menggantung permit masuk 83,000 penduduk Palestin ke tempat tertentu, terutama wilayah Israel sepanjang Ramadan,

Menurut polis Israel, dua penyerang itu adalah sepupu dari Hebron, wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel dengan seorang penyerang berjaya ditahan manakala seorang lagi dirawat kerana terkena tembakan.

Pasar yang mengandungi restoran dan bar itu terletak berhadapan bangunan Kementerian Pertahanan serta ibu pejabat tentera Israel.

Keganasan sejak Oktober lalu, sudah membunuh sekurang-kurangnya 207 penduduk Palestin, 28 penduduk Israel serta dua rakyat Amerika Syarikat. Sebahagian besar penduduk Palestin yang mati itu ditembak kerana membawa pisau, senjata api dan menggunakan kereta untuk merempuh.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, akan akan tindakan tegas oleh polis, tentera dan pasukan keselamatan lain bukan saja untuk mereka yang terbabit dalam serangan ini, malah menghalang serangan pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 5:10 PM