TENTERA Israel berkawal di kawasan berhampiran dengan Gaza. FOTO Reuters
TENTERA Israel berkawal di kawasan berhampiran dengan Gaza. FOTO Reuters
Agensi

Tel Aviv: Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada Khamis membayangkan akan memulakan operasi darat yang dijangkakan di Semenanjung Gaza, sebaik sahaja beliau melawat tentera di sempadan.

"Anda melihat Gaza sekarang dari jauh, anda akan melihatnya tidak lama lagi dari dalam. Perintah ini akan datang," kata Gallant kepada tentera Zionis Israel, lapor Agensi Anadolu.

Secara berasingan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertemu tentera rejim penjajah itu berhampiran Gaza dan dengan angkuh berkata bahawa "kita akan menang dengan kekuatan penuh".

Israel mengebom Gaza sejak serangan mengejut 7 Oktober oleh Hamas, dan mengepung sepenuhnya seluruh Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan sejak 2007.

Pengepungan menyeluruh itu meninggalkan 2.3 juta penduduk Gaza hanya dengan sedikit bekalan makanan, air, bahan api dan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 11:09 AM