KENDERAAN tentera Israel meronda kawasan pagar berhampiran Gaza. FOTO Reuters
KENDERAAN tentera Israel meronda kawasan pagar berhampiran Gaza. FOTO Reuters
AFP

Tel Aviv: Seorang menteri Israel digantung daripada mesyuarat kerajaan sehingga diberitahu kelak pada Ahad, kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Difahamkan, tindakan itu dikenakan terhadap menteri berkenaan selepas mencadangkan dalam temu bual untuk kemungkinan Israel menggugurkan bom nuklear di Gaza.

Menteri Warisan Amichay Eliyahu yang juga ahli politik ultranasionalis sebahagian daripada gabungan pemerintah Netnayahu, memberitahu radio Kol Barama Israel, beliau tidak berpuas hati sepenuhnya dengan skala tindakan balas Israel di wilayah Palestin

Ia selepas pejuang Hamas melakukan serangan maut pada 7 Oktober di selatan Israel yang didakwa membunuh 1,400 individu, kebanyakannya orang awam, kata jurucakap Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, kempen tentera Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu membunuh 9,488 individu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Ketika ditanya oleh penemuduga sama ada menteri Israel itu merancang untuk menjatuhkan sejenis bom atom di Semenanjung Gaza untuk membunuh semua orang, Eliyahu menjawab, "Itu satu pilihan".

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan cepat bertindak balas terhadap kenyataan menteri itu dengan mengeluarkan kenyataan itu sebagai "terputus hubungan daripada realiti".

Kenyataan sama turut menambah bahawa Israel cuba mengelak kehilangan nyawa bukan pejuang di Gaza.

Berikutan bantahan terhadap kenyataannya, Eliyahu kemudiannya memuat naik ciapan di X bahawa kenyataannya mengenai bom atom adalah 'metafora'

Israel tidak pernah mengaku mempunyai bom nuklear.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2023 @ 10:36 AM