Mastura menunjukkan agenda perjuangannya ketika sidang media di kediamannya di Bukit Chandan. FOTO Khairul Azry Bidin
Mastura menunjukkan agenda perjuangannya ketika sidang media di kediamannya di Bukit Chandan. FOTO Khairul Azry Bidin
Nasharuddin Muhammad dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Kangsar: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid mengumumkan lima agenda bertemakan ‘memperjuangkan Harapan Orang Kuale’ hari ini.

Lima agenda itu ialah menaik taraf Kolej Iniversiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), menyegerakan kelulusan projek Jambatan Manong dan menyegerakan kelulusan projek membesar dan melebarkan Jalan Manong- Kuala Kangsar.

Dua lagi ialah menaiktaraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar dan membangunnkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

Katanya, semua agenda itu adalah kesinambungan daripada usaha dilakukan suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang belum dapat diselesaikan dan akan diteruskan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

"Kebanyakannya yang ada dalam senarai ini adalah pemikiran arwah Datuk sendiri, tetapi sampai sekarang tidak kesampaian. Saya haraap saya akan menjadi ejen merealisasikan kelima-lima perkara ini demi orang Kuale (Kuala Kangsar)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 11:35 AM