Bendera parti yang bertanding PRK Parlimen Kuala Kangsar berkibaran di sekitar Bukit Chandan. - Foto Bernama
Bendera parti yang bertanding PRK Parlimen Kuala Kangsar berkibaran di sekitar Bukit Chandan. - Foto Bernama
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Kangsar: Pemuda UMNO sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kain rentang berbentuk tuduhan dan fitnah di Kuala Kangsar.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia menunjukkan ada pihak tertentu yang terdesak sehingga sanggup menaikkan kain rentang mencetuskan kontroversi.

Beliau meminta jentera Pemuda UMNO berkempen secara berhemah dan memberi tumpuan kepada apa perlu dilakukan di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Kita BN tak pernah naikkan kain rentang yang buat tuduhan atau cetuskan semangat perkauman. Walaupun kita boleh buat tapi kita memilih untuk tidak amalkan politik seperti itu," katanya pada sidang media selepas Program Tadarus dan Berbuka Puasa di Masjid Kampung Keliang di sini sebentar tadi.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Manong Mohammad Kamil Shafie, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun dan anak calon BN, Wan Immar Izzat Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 1:26 AM