Di Maria (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Chile. FOTO USA TODAY
Di Maria (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Chile. FOTO USA TODAY
Reuters

Santa Clara (California): Penyerang Argentina, Angel Di Maria meledak gol pertama ‘penuh emosi’ untuk memastikan kemenangan pasukannya mengatasi Chile 2-1 pada saingan Copa America, awal pagi tadi.

Jaringan itu ditujukan buat mendiang neneknya yang meninggal dunia sebelum kejohanan itu bermula.

Messi sekadar memerhatikan perlawanan di bangku simpanan akibat kecederaan belakang ketika Di Maria memastikan juara 14 kali itu memastikan pendahuluan awal di separuh masa kedua.

Ever Banega menggandakan jaringan sejurus kemudian.

Jose Pedro Fuenzalida menjaringkan gol tunggal Chile pada waktu kecederaan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Panama mengatasi Bolivia 2-1.

"Kami sudah melakukan perkara betul selama beberapa tahun sekarang dan mungkin tahun ini ia tahun yang tepat," kata Di Maria sambil mengalirkan air mata selepas mendedikasikan gol kepada neneknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 3:17 PM