POKOK ganja yang ditanam Nguyen.
POKOK ganja yang ditanam Nguyen.
Agensi

Santa Clara : Sepandai-pandai 'tupai' melompat, akhirnya kelicikan seorang lelaki yang menanam 1,000 pokok ganja dengan berselindung di sebalik perniagaan perabot terbongkar semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Syerif Daerah Santa Clara, Phuc Nguyen, 39, mengendalikan 'perniagaannya' dengan helah tersendiri.

Nguyen sengaja melengkapkan premis itu dengan sofa, meja, kerusi dan pasu bunga, namun tidak ada satu pun barangan itu dipamerkan untuk jualan.

Perniagaan sebenar Nguyen ialah ruang di belakang kedai iaitu kawasan yang menempatkan 1,000 pokok ganja.

Ketika serbuan dibuat, polis turut menemui 23 kilogram daun ganja sudah diproses.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:06 AM