Pacuan empat roda Wee Teck yang terbabas ke dalam laut. FOTO ihsan PDRM
Pacuan empat roda Wee Teck yang terbabas ke dalam laut. FOTO ihsan PDRM
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Lelaki berusia 26 tahun maut selepas pacuan empat roda dipandunya terbabas ke dalam laut di pesisir Pantai Terminal Minyak Beku, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa, Tan Wee Teck, yang memandu Mitsubishi Pajero dipercayai gagal mengawal kenderannya sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang berasal dari Taman Tanjong, di sini, disahkan mati di lokasi akibat lemas kerana gagal menyelamatkan diri dan keluar dari kenderaannya.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat," katanya.

Din berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 1:48 PM