Kenderaan mangsa yang terbabas. - Foto ESSA ABU YAMIN
Kenderaan mangsa yang terbabas. - Foto ESSA ABU YAMIN
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Seorang lelaki berusia 61 tahun maut dipercayai akibat serangan jantung manakala kenderaan dipandunya terbabas merempuh tiang telefon di pekan Sri Medan di sini, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu turut menyebabkan seorang pemandu motosikal cedera akibat terkena rempuhan kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa, Barlim Tuaku, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari pekan Sri Medan menuju Yong Peng.

"Ketika melalui kawasan itu, kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kanan sebelum merempuh seorang penunggang motosikal dan tiang telefon.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat. Siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 5:03 PM