Hairul berkongsi kegembiraan di Instagramnya.
Hairul berkongsi kegembiraan di Instagramnya.
Rudy Imran Shamsudin


Kuala Lumpur: Pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen menimang cahaya mata sulung malam tadi.

Hanis selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Iskandar di hospital swasta di sini, malam tadi.

Memetik Instagram Hairul yang berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata sulung bersama peminatnya, sewaktu dilahirkan berat Yusuf, 3.85kg.

"Syukur isteri dan anak selamat. Minta doakan yang baik buat mereka," katanya.

Pasangan berkenaan berkahwin pada pertengahan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 1:58 PM