HANIS dan Hairul Azreen
HANIS dan Hairul Azreen

Kuala Lumpur: Pelakon Hanis Zalikha mencuri perhatian ramai apabila didakwa sedang hamil anak ketiga susulan hantaran foto terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto yang dimuat naik, suaminya yang juga pelakon Hairul Azreen dilihat meletakkan tangannya pada perut isterinya itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. 

Malah dalam beberapa foto yang dimuat naik kelihatan seperti 'baby bump' pelakon itu hingga dibanjiri komen daripada peminat. 

Hanis yang ketika ini sedang berada di Maldives bersama suami dan kedua anaknya bagaimanapun tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai khabar angin itu.

Sebaliknya menerusi hantaran di Instagram Story, Hanis membangkitkan persoalan mengenai posisi tangan suaminya itu yang begitu menarik perhatian ramai.

"Kenapa suami suka 'posing' pegang perut bikin sensasi ek," tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti sudah mula mengucapkan tahniah meskipun Hanis tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kehamilannya itu.

Harian Metro cuba menghubungi Hairul bagi mendapatkan komen mengenai gosip mendakwa isterinya sedang berbadan dua, tapi mesej yang dihantar tiada balasan setakat ini.  

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 12:09 PM