MOHAMAD Hafid (kanan) bersama pegawainya menunjukkan tujuh spesis burung yang dirampas. FOTO Sharul Hafiz Zam
MOHAMAD Hafid (kanan) bersama pegawainya menunjukkan tujuh spesis burung yang dirampas. FOTO Sharul Hafiz Zam
Norul Awatif Romli


Alor Setar: Mekanik ditahan kerana memiliki sembilan burung membabitkan tujuh spesis tempatan yang dilindungi bernilai lebih RM50,000 di Jalan Tanjong Pauh , Jitra, dekat sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya yang mendapat maklumat berhubung kejadian menjalankan serbuan di premis yang turut dijadikan sebagai bengkel motosikal, kira-kira 4 petang semalam .

"Pemeriksaan di dalam rumah dan bengkel kita menjumpai tiga ekor burung Ayam-Ayam dan masing-masing seekor Lang Sewah, Daun, Merbah Luris Leher, Sintar, Murai Batu dan Punai Daun yang diletakkan di dalam sarang tetap," katanya pada sidang media di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Bukit Pinang, di sini, hari ini.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati hasil tangkapan adalah untuk pasaran tempatan dan jualan secara dalam talian kepada pembeli tetap.

"Susulan penahanan itu, suspek berusia 22 dathun ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 3:30 PM