FOTO Sri Ayu Kartika Amri
FOTO Sri Ayu Kartika Amri
Sri Ayu Kartika Amri


Petaling Jaya: Nestle (Malaysia) Berhad, mengumumkan duta baharunya, penyanyi dan selebriti terkenal Afiq Hakim (Akim) dan Stacy yang akan dikenali sebagai 'breakers' bagi KitKat Malaysia.

Pengarah Eksekutif Perniagaannya, Sachin Goel berkata, pihaknya mengalu-alukan Akim dan Stacy ke keluarga KitKat.

"Kami memilih Akim dan Stacy sebagai duta KitKat kerana kedua-duanya masih muda dan berbakat serta memiliki personaliti penuh bertenaga.

"KitKat percaya dengan kerjasama ini akan membawa bersama peminat mereka mendengar lagu tema KitKat yang bakal dinyanyikan oleh Akim dan Stacy," katanya di majlis pengenalan duta KitKat di sini, hari ini.

Sementara itu, pendedahan di laman Facebook KitKat Malaysia dua minggu lepas yang mengumumkan Akim dan Stacy sebagai 'breakers' baharu KitKat telah menerima lebih 200,000 'like' dan maklum balas.

Untuk mengikuti aktiviti menarik KitKat, boleh melayari www.kitkat.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 12:23 PM