Pelumba pasukan Orelac Racing VerdNatura, Zulfahmi Khairuddin (kanan) mengekori pelumba pasukan Kawasaki Puccetti Racing, Kenan Sofuoglu (kiri) ketika 'warm-up lap' perlumbaan kelas supersport dalam keadaan hujan pada perlumbaan FIM Superbike World Championship 2016 (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. FOTO Bernama

Ferzalfie Fauzi

Sepang: Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin menamatkan kemarau podium selepas empat tahun apabila meraih tempat kedua kelas Supersport Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), hari ini.

Bekas pelumba Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia, yang memulakan perlumbaan dari petak kelima itu mula mendahului saingan pada pusingan ketiga.

Bagaimanapun, Ayrton Badovini dari pasukan GEMAR Balloons memberi asakan pada baki tiga pusingan terakhir ke atas Zulfahmi dan terlebih dulu melintasi garisan penamat.

Tempat ketiga milik Gino Rea dari pasukan GRT Racing Team

Zulfahmi dari pasukan Orelac Racing VerdNatura dilihat selesa dengan perlumbaan di permukaan trek basah selepas jadual asal perlumbaan di ubah ke jam 5 petang ekoran hujan lebat.

Kali terakhir dia berada di pentas podium ialah pada tahun 2012 dalam aksi 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia.

Ketika itu, dia meraih dua penamat podium iaitu ketiga di Grand Prix (GP) Valencia dan kedua di GP Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 6:49 PM