AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. FOTO arkib NSTP
AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. FOTO arkib NSTP
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dikesan mempunyai ketumbuhan di otak.

Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, doktor memulakan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan itu 7 malam tadi dan dijangka mengambil masa lima jam.

Menurutnya, doktor percaya ketumbuhan itu menjadi punca beliau tidak sedarkan diri di rumahnya, tengah hari tadi.

"Kita tidak mengetahui jenis ketumbuhan terbabit dan menunggu laporan daripada doktor selepas selesai pembedahan itu nanti," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Zainudin sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kuala Klawang di sini dan dibawa ke Hospital Jelebu, sebelum dirujuk ke HKL, 1.40 tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 9:04 PM