AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. FOTO Arkib NSTP/Iqmal Haqim Rosman
AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. FOTO Arkib NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail tidak sedarkan diri di rumahnya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tengah hari tadi.

Difahamkan, Zainuddin mengalami demam dan berehat di rumahnya di Kuala Klawang di sini, namun secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Zainuddin sebelum itu dihantar ke Hospital Jelebu, sebelum dirujuk ke HKL, pada jam 12 tengah hari.

"Sehingga kini, saya dimaklumkan beliau masih belum sedarkan diri dan berada di zon kecemasan HKL. Doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penyakit Zainuddin dan menunggu hasil pemeriksaan doktor bagi mengetahui punca sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 4:44 PM