AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. FOTO Arkib NSTP
AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. FOTO Arkib NSTP
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail, 57, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selesai, 9 malam tadi.

Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, pembedahan itu dilaporkan berjaya dan ketumbuhan di otak dikeluarkan sepenuhnya.

Menurutnya, Zainudin sudah dibawa keluar dari bilik pembedahan, namun masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan daripada pihak hospital.

"Beliau sudah selamat menjalani pembedahan dan orang ramai diminta mendoakan kesihatan beliau," katanya.

Zainudin sebelum itu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan bermula 7 malam selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya, di Kuala Klawang di sini, tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 10:39 PM