Produk yang dikilangkan di India ini tidak boleh dipasarkan di Malaysia.
Produk yang dikilangkan di India ini tidak boleh dipasarkan di Malaysia.
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Produk Woodward's Celebrated Gripe Water yang dikilangkan oleh South India Research Institute Pvt Ltd India tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan tidak boleh dipasarkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan semakan pada pangkalan data yang dibuat Kementerian Kesihatan di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

"Bagaimanapun, PBKD sudah mendaftarkan satu produk dengan jenama yang sama iaitu Woodward's Gripe Water (Alcohol Free)/ MAL19921215XC dari pemegang pendaftaran Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd dan di kilang pengilang tempatan iaitu IDS Manufacturing Sdn Bhd, Shah Alam.

"Produk berdaftar ini mengandungi kombinasi bahan aktif Terpeneless Seed Oil 2.3mg/5ml dan Sodium Bicarbonate 52.5mg/5ml serta pengawet Nipasept Sodium 0.15%w/v (kombinasi methylparaben, propylparaben dan ethylparaben),"katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini PBKD tidak menerima sebarang laporan kesan advers atau aduan kualiti berhubung produk berdaftar berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 2:11 PM