Jakarta: Kerajaan Indonesia semalam berkata, ia akan mengkaji semula dasar subsidi minyak bagi memastikan pengguna tidak membayar lebih daripada kadar harga pasaran.

Perkembangan itu diumumkan berikutan kejatuhan harga minyak dunia.

Bulan lalu, Presiden Joko Widodo (Jokowi), dalam keputusan dasar ekonominya pertama selepas menjadi pemimpin negara itu, mengumumkan kenaikan lebih 30 peratus harga minyak yang dijangka dapat menjimatkan AS$11.5 bilion (RM39.46 bilion) setahun bagi membantu membiayai agenda pembaharuan dan menangani defisiti akaun semasa.

Bagaimanapun, sejak itu harga minyak mentah dunia jatuh hampir 10 peratus apabila pengeluaran bahan itu di peringkat dunia mengatasi permintaan.

“Kami akan terus memantau harga minyak dan menyelaraskan langkah dengan Kementerian Kewangan bagi mengira semula dan mencari harga subsidi yang berkesan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:29 AM