Penyerang PKNS Manuel Cobelli (tengah) bersaing dengan pemain Kuantan FA, Muhamad Ilham Yusof (kiri) dalam aksi  Liga Perdana 2016 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. FOTO STR/MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Penyerang PKNS Manuel Cobelli (tengah) bersaing dengan pemain Kuantan FA, Muhamad Ilham Yusof (kiri) dalam aksi Liga Perdana 2016 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. FOTO STR/MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Oleh Nazri Abu Bakar


Melaka: Lapan gol dijaringkan dalam aksi Liga Perdana menyaksikan PKNS dan Kuantan FA terikat 4-4 pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, di sini, malam tadi.

Tindakan PKNS yang merehatkan beberapa pemain utama hampir membawa padah namun The Red Ants bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas perlawanan yang pada awalnya dikuasai pelawat.

Anak buah Ahmad Nazri Mat Noor, bermula garang menerusi tandukan import Kuantan FA, Dao Bakary pada m-7 untuk mengejutkan PKNS diikuti rembatan kencang Srdjan Vidakovic pada m-15 menewaskan penjaga gol PKNS Mohd Remezey Che Ros.

Dua gol terbabit memperlihatkan skuad pelawat kelihatan selesa mendahului 2-0 pada aksi ke sepuluh Liga Perdana terbabit, namun PKNS merapatkan jurang menerusi Matias Hadwa pada m-16 hasil rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol Kuantan Mohd Rofaizul Azuar.

Enggan kecundang jaringan penyamaan tuan rumah diledak Gabriel Guerra m-41 menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pertahanan pelawat Rafizi Zahari untuk mengikat kedudukan 2-2 pada babak pertama perlawanan.

Awal babak kedua tuan rumah sekali lagi ketinggalan pada m-49 selepas sepakan sudut Mohd Fahkrullah Zuridi terus menjunam masuk ke gawang lawan untuk ceria mendahului 3-2.

Namun, Matias Hadwa membuktikan bisanya menerusi jaringan hatriknya pada m-54 dan m-61 untuk mengikat Kuantan selepas gol penyamaan Kuantan dihasilkan menerusi Shafiq Razali m-76.

Aksi panas perlawanan menyaksikan kapten pasukan Abd Ghani Abd Rahman dilayangkan kad merah tiga minit sebelum tamat permainan kerana mengasari penyerang pelawat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 12:01 AM