WARGA emas yang maut.
WARGA emas yang maut.
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terjatuh dalam gaung di Jalan Pokok Ceri, Bukit Bendera, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu mangsa Cheng Seng Lee, 75, maut di tempat kejadian selepas kepalanya dikatakan tehentak batu.

Menurut sumber ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari kebun miliknya.

"Ketika itu jalan licin menyebabkan motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum dia terjatuh gaung.

"Setakat ini pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 12:37 AM