PEMAIN Chievo Simone Pepe (kiri) mengekang pergerakan pemain  Fiorentina Milan Badelj.
PEMAIN Chievo Simone Pepe (kiri) mengekang pergerakan pemain Fiorentina Milan Badelj.

Rome: Fiorentina terikat tanpa jaringan dengan Chievo semalam menyebabkan mereka kekal di tangga kelima Serie A dan berdepan laluan sukar ke Liga Europa musim depan.

Fiorentina ketinggalan empat mata berbanding Inter Milan yang akan menentang Lazio yang mana keputusannya akan menjadi penentu tangga keempat dalam Serie A yang menjanjikan tempat ke peringkat kumpulan Liga Europa namun tangga kelima bermakna mereka perlu melalui dua perlawanan saringan.

Chievo memiliki peluang terbaik apabila percubaan Nicola Rigoni terkena tiang pada minit ke-57 dan Antonio Floro Flores dua kali mensia-siakan peluang terhidang.

Pasukan juara Juventus akan meraikan kejuaraan kelima berturut-turut di depan penyokong sendiri apabila menanti kunjungan Carpi.

Juventus menang 24 perlawanan dan seri sekali sejak kekalahan terakhir mereka. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 10:57 AM