KOULIBALY (kanan) ketika meledak gol. FOTO/REUTERS
KOULIBALY (kanan) ketika meledak gol. FOTO/REUTERS
AFP

PERTAHANAN Senegal Kalidou Koulibaly menjaringkan dua gol ketika Napoli menewaskan Chievo 3-1 untuk menangguhkan hasrat Juventus menjulang Serie A dan membuatkan Verona tersingkir.

Juventus yang tewas 1-2 kepada SPAL kelmarin ketika mereka memberi tumpuan terhadap aksi Liga Juara-Juara menentang Ajax minggu depan, hanya memerlukan satu mata untuk menjulang gelaran Serie A kelapan berturut-turut.

Mereka mungkin berpeluang berbuat demikian ketika Napoli kendalian Carlo Ancelotti gagal menewaskan Chievo, yang bakala mencatat sejarah baharu dengan baki enam perlawanan.

Namun pertahanan Senegal bertubuh tinggi lampai Koulibaly menjaringkan gol diselangi ledakan Arkadiusz Milik untuk gol liga pertamanya musim ini yang meletakkan Napoli 17 mata di belakang Juventus.

Skuad Massimiliano Allegri mungkin perlu menunggu sehingga hujung minggu depan di laman sendiri menentang Fiorentina untuk menjulang Scudetto dengan baki lima perlawanan.

“Kemenangan ini meringankan sedikit beban kami,” kata Ancelotti, menjelang aksi suku akhir Liga Europa, aksi timbal balik berdepan Arsenal di mana mereka ketinggalan 0-2.

Koulibaly membuka jaringan pada minit ke-15 manakala Milik menjaringkan gol kedua pada minit ke-64.

Koulibaly menambah gol ketiga dengan baki sembilan perlawanan untuk gol berganda pertama sepanjag kariernya, sebelum kapten Chievo, Cesar memastikan gol sagu hati sebelum minit terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 10:12 AM