BAHAGIAN belakang tempat  dua beradik dirantai. Gambar kecil, Porucha Phillips.
BAHAGIAN belakang tempat dua beradik dirantai. Gambar kecil, Porucha Phillips.
Agensi

Texas: Seorang ibu mengandung didakwa selepas polis menemui dua kanak-kanak diikat dengan rantai di halaman belakang rumahnya selain enam lagi budak yang didera di dalam rumah itu.

Porucha Phillips, 34, ditahan di San Antonio, Texas selepas jirannya menelefon polis pada jam 11.45 malam, Khamis lalu (waktu tempatan) selepas mendengar tangisan kanak-kanak.

Polis menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diikat pada pintu menggunakan rantai anjing manakala adiknya berusia dua tahun ditambat pada tanah dengan rantai besi pada kakinya.

Pendakwa Daerah Bexar, Nicholas LaHood berkata: “Pada saya keadaan itu terlalu menjijikkan. Saya tidak faham bagaimana seseorang boleh terfikir untuk melayan budak seperti itu.

“Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan. Orang seperti ini tidak berhati perut.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 7:54 AM