RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek mencampak mangsa ke dalam kolam renang.
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek mencampak mangsa ke dalam kolam renang.
Agensi

SANTO DOMINGO: Seorang remaja perempuan mati dilemaskan rakan lelaki yang meminatinya malah perbuatan suspek dirakam kamera litar keselamatan tertutup sebelum tersebar menerusi aplikasi sembang WhatsApp.

Daily Mail melaporkan kejadian berlaku ketika Nairobi Montés, 15, menemui rakannya di kolam renang di Pantoja pada 1 September lalu.

Rakaman menunjukkan suspek berusia 16 tahun terbabit memeluknya dari belakang sebelum mengangkat serta mencampaknya ke dalam kolam.

Beberapa saat kemudian suspek yang namanya tidak didedahkan itu dilihat mengambil seorang kanak-kanak dan lompat ke dalam kolam bersamanya sebelum budak itu ditarik keluar oleh seorang wanita.

Nairobi yang jelas terkejut dilihat keluar dari kolam renang dan berdiri di sisinya sebelum sekali lagi ditolak. Suspek kemudian terjun ke dalam kolam itu dan berenang ke arahnya sebelum berulang kali melompat ke atas Nairobi, seterusnya menghalang gadis itu sampai ke permukaan.

NAIROBI Montés
NAIROBI Montés

Nairobi dilihat hanyut ke tengah kolam dan suspek sekali lagi menindihnya ke dalam air sebelum keluar.

Seorang lelaki lain akhirnya dilihat membantu mengangkat Nairobi keluar dari kolam dan suspek dilihat ‘membantunya’ sebelum lari kononnya untuk mendapat bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 8:45 PM