KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa kejiranan al-Sakhour selepas serangan udara di kawasan itu, semalam.
KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa kejiranan al-Sakhour selepas serangan udara di kawasan itu, semalam.

Beirut: Sekurang-kurangnya 20 serangan udara dilancarkan terhadap Aleppo, bandar di utara Syria, semalam.

Ia pengeboman hari kesembilan berturut-turut, membabitkan tentera kerajaan Syria dan juga penentang yang sudah menyebabkan hampir 250 orang terbunuh.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) tidak dapat mengesahkan sama ada serangan udara semalam dilakukan jet Syria atau Russia yang diketahui membantu Damsyik menyerang kawasan yang dikuasai penentang.

Pengeboman oleh tentera kerajaan terhadap kawasan penentang di Aleppo sejak 22 April lalu menyebabkan 140 mati, termasuk 19 kanak-kanak, sementara serangan yang dilancarkan penentang terhadap kawasan yang dikuasai kerajaan menyebabkan 96 orang terbunuh, 21 daripadanya kanak-kanak. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 8:26 AM