PENGERUSI Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Mohd Adhan Kechik (tengah) menyampaikan bantuan kelengkapan Pendidikan Tinggi untuk keluarga anak-anak penanam kenaf turut bersama Ketua Pengarah LKTN, Samsudin Noor (kiri) di majlis penyampaian insentif penanaman kenaf peringkat negeri Kelantan di Dataran Kenaf di Kubang Kerian, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Ismail Muhama

Kota Bharu: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan penanaman seluas 2,500 hektar kenaf bagi pengeluaran 25,000 metrik tan fiber di seluruh negara tahun ini yang bernilai RM12.5 juta.

Pengerusinya, Datuk Mohd Adhan Kechik berkata, tahun lalu sebanyak 2,274 hektar tanaman kenaf untuk pengeluaran fiber membabitkan 800 penanam di seluruh negara yang menghasilkan 11,602 metrik tan dengan nilai RM5.8 juta.

"Permintaan kenaf bagi kegunaan fiber sangat tinggi dan berjaya menembusi pasaran eksport ke China sejak 2014.

"Melalui penerokaan pasaran eksport industri kenaf dijangka terus berkembang dan permintaan bahan mentah meningkat," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Penanaman Kenaf peringkat Kelantan di Dataran Kenaf Kubang Kerian di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan pembayaran sebanyak RM1.908 juta membabitkan 200 penanam kenaf di negeri ini yang mengusahakan tanaman seluas 800 hektar.

Beliau berkata, bagi menggalakkan penanaman kenaf, LKTN menyediakan insentif sebanyak RM2,385 sehektar setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 3:00 PM