KAIN rentang mendukung kepimpinan Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. FOTO Bernama
KAIN rentang mendukung kepimpinan Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. FOTO Bernama
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Nurul Hidayah Bahaudin


Kuching: Mandat yang diberikan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 ini akan menjamin kesinambungan pembangunan dalam pelbagai bidang diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersama kerajaan negeri di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem akan memastikan pembangunan dinikmati di setiap kawasan pedalaman di negeri Bumi Kenyalang ini.

Beliau berkata, pembangkang sering menjadikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai modal untuk memburukkan kerajaan sedangkan hasil cukai itu akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai cara khususnya pembangunan.

"Jika kerajaan tidak kutip GST, mana mungkin kita mampu bina Lebuhraya Pan Borneo yang ternyata berguna kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Taman Desa Wira, Batu Kawa, di sini, malam tadi.

Justeru, Najib yang juga Pengerusi BN mahu pengundi Sarawak terus bersatu dan memberikan mandat kepada Ketua Menteri supaya pembangunan dapat diteruskan malah ditambah baik pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 2:59 AM