PELANGGAN individu mendaftar bagi menyertai kad Mesra PETRONAS/ANGKASA pada majlis pelancaran. FOTO Surianie Mohd Hanif
PELANGGAN individu mendaftar bagi menyertai kad Mesra PETRONAS/ANGKASA pada majlis pelancaran. FOTO Surianie Mohd Hanif
Intan Mas Ayu Shahimi


Petaling Jaya: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), hari ini menjayakan program kesetiaan sebagai menghargai pelanggan individu yang membuat potongan gaji ANGKASA.

Program julung kali itu dirasmikan Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah di Auditorium ANGKASA, di sini.

Menurut Abdul Fattah penghargaan secara terus diberi dalam dua kategori.

"Pertama adalah pemberian Kad Mesra Petronas ANGKASA yang merangkumi mata ganjaran dan jemputan eksklusif ke acara berkaitan.

"Kedua adalah tajaan insurans (Personel Accident-PA) bernilai RM20,000 secara percuma untuk jangka masa setahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 6:25 PM