TERTUDUH (kiri) dibawa penguatkuasa JAWI selepas mengaku salah. FOTO Abdullah Yusof
TERTUDUH (kiri) dibawa penguatkuasa JAWI selepas mengaku salah. FOTO Abdullah Yusof
Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Seorang lelaki didenda RM4,900 dan dihukum penjara 24 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah atas pertuduhan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi, hari ini.

Mat Alimin Abdullah, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mat Alimin yang tidak diwakili peguam didakwa mengisytiharkan dirinya sebagai Muhammad Al-Mahdi di bilik mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Tingkat 10 Menara Pusat Islam, Jalan Perdana dekat sini antara 3 petang hingga 3.30 petang, 26 April lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

FOTO Abdullah Yusof

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 5:38 PM