ANGGOTA polis mengiringi Lee ke  Mahkamah Majistret Butterworth. FOTORamdzan Masiam
ANGGOTA polis mengiringi Lee ke Mahkamah Majistret Butterworth. FOTORamdzan Masiam
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Butterworth: Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh lelaki di Taman Carissa Villa Baru,Jalan Bagan Lalang di sini pada 12 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Lee Chor Heah, 29, dituduh membunuh Gooh Wooi Loon, 31, di Lorong Jalan Belakang Bangunan Teres Rumah Kedai di Taman Carissa di sini, kira-kira 7 hingga 7.30 petang.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna kelabu dan berselur gelap mengangguk faham ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Mahkamah menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Fairuz Rahman. Sementara tertuduh diwakili Ram Karpal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 12:13 PM